Tuesday 18 April 2017

Kehidupan Ku Kini 2017

Pertamanya Alhamdulillah, ku panjatkan syukur banyak2 kpd Allah, tuhanku sekalian alam. Yang telah mengatur perjalanan hidupku hingga ke hari ini.Aku tidak dpt membayangkan inilah kehidupanku ketika ini yg mana tidak ada dalam pemikiran ku 6 tahun lalu ketika aku mula2 menulis ceritaku didalam blog ini. Last aku update pd thun 2013 ketika berada di Politeknik Mukah Sarawak.
Alhamdulillah, pendeekkan cerita aku telah berjaya menamatkan pengajian ku dlm diploma kejuruteraan mekanikal dan telah pun konvo 2 tahun lps.

Setelah aku tamat pengajian, aku telah mula menceburkan diri dlm bidang organisasi Islam hasil daripada pengalaman ku di politeknik dulu. Aku dan kawan2 tlh menubuhkan sebuah NGO yg diberi nama Persatuan Anak Muda Labuan (PAMULA). NGO ini adalah sebuah organisasi dakwah khasnya kepada golongan muda dan masyarakat sekitar Labuan. Bila aku membaca balik cerita ku tahun 2011 sangat berbeza dgn kini dari segi kegiatan harian ku. Dulu aku aktif dalam sukan tinju tapi kini aku mula tenggelam dlm sukan itu atas faktor berat badan dan masa yg agak padat dgn PAMULA. Sudah 2 tahun gerak kerja PAMULA aku dan kawan2 jalankan utk menyuburkan lagi budaya Islam di bumi Labuan ini.

Kadang2 aku rasa rindu dgn suasana 6 tahun lalu yg mana aku aktif dalam sukan lasak, aku juga merindui kawan2 ku bersukan dan pergi gym. c Jantoni tu la yg aku teringat slalu. Ada juga aku terserempak dgn dia thun lpas dibandar Labuan, dia sudahpun jadi chef sebuah hotel di Labuan ni. Moga rezkinya bertambah2. Aku ni pula sekarang sudah tidak bujang lagi..hehe..Alhamdulillah, takdir Allah S.W.T aku telah mendirikan rumah tangga bulan 11 tahun lalu (2016), kadang2 aku rasa mcm tdk percaya sebab begitu cepat masa berlalu. Umur pun sekarang ke angka 24 tahun. Org dewasa suda aku ni..keh3. Aku berkahwin dgn seorang wanita pilihan ku, dia study di Politeknik Kuching, nama dia Fatimah (manis orangnya..cia3). Mcmana aku bertemu dgn dia tu biarlah menjadi rahsia kami berdua shj..(suspen).

Kini aku meneruskan kehidupan berumahtangga dan bergerak kerja dakwah di Labuan disamping aku bekerja di kompani swasta 'oil n gas' bak kata org putih. Semua adik beradik kami tlh selesai mendirikan rumah tangga, makbapa kami pun xbingung2 lagi mau jaga kami 6 beradik. haha..Alhamdulilllah indah nian dan begitu sistematik aturan Allah S.W.T. 6 tahun lalu sebelum aku masuk poli, dlm kepala otakku , aku tidak mau masuk ke politeknik sebaliknya aku akan jadi seorang pekerja kakitangan awam di labuan, hidup bujang bertahun-tahun dan memiliki kereta sendiri serta ada perbelanjaan sendiri, keluar dgn member malam2, bertinju,gym, joging petang2, ke masjid, kerja dan begitulah seharian. Tapi rupa2nya Allah berikan lebih baik utk ku. Sebenarnya banyak lagi ingin ku ceritakan tapi teramatlah panjang, maklumlah bertahun2 tdk update. InshaAllah di lain masa akan diceritakan lagi, bila? tunggu laa.














Sekian, Wasalam
Hardie Madi

Saturday 6 April 2013

Cerita Kinek tok di Sarawak..

       Assalamualaikum...wahh...lama dh x update blog ni...1 tahun lebih x update..fuhh...cerita terbaru sepanjang perjalanan hidupku...sekrang ni aku masih lagi menuntut di Politeknik Mukah Sarawak...sekarang dh pun masuk semester 3...sem depan aku akan latihan industri selama 6 bulan di negeri kelahiranku Labuan..banyak pengalaman yg telah ku tempuh sepanjang 3 semester berada d Politeknik ni..aku juga telah pandai bercakap bahasa Sarawak..haha...kami owang citok nang best gilak..owang srawak tok nang peramah,sopan gik ya..haha..banyak program yg aku telah ikuti..antaranya pemilihan olahraga ke Sukan IPT..pernah jga join demonstrasi martial art Taekwondo d Poli ni semasa perasmian kelab tersebut..memang sngat meriah semasa tu..
      Dalam pada itu aku juga giat aktif dgn sebuah jawatankuasa di Poli ni iaitu Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPI)..nak cerita skit..JPI ni bertindak dalam hal2 berkaitan dengan Islam..segala program tntang Islam akan dianjurkan oleh JPI..matlamatnya aalah menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran..slogan kami adalah ''Kerana Allah Kami Berjasa''..Tapi seperti biasalah apabila program anjuran Islam ni mesti ramai yg x pergi...tapi apabila program battle of the band mesti ramai..ada fesyen show mesti ramai..remaja skrg,dunia akhr zaman...ini la hakikat sebenarnya..
      Dulu masa aku semester 1 pun macamtu juga...haha..aktiviti anjuran JPI ni kurang minat..tapi ada la pegi bebrapa program..tu pun sebab program dluar poli..ada program d pantai..ada d bintulu..rasa nak melancong jak sbnarnya..haha..tapi sekarang ni makin mningkat usia,semakin matang la pemikiran..perubahan kena ada...tapi matlamat utama ku masih tdk malap lgi iaitu ingin melihat dua saff solat penuh d Pusat Islam(masjid) terutamanya ketika solat subuh..kalau dtengok sekarang ni,1 saff pun ssah nak penuh...masa solat Jumaat sj la 4 saff penuh..
         Untuk pengetahuan,mengikut perkiraan..orang Islam di Sarawak ni hanyalah minority 37%..yang mengamalkan Islam sebenar2nya belum tau lagi berapa..mgkin hanya 5% ke 10% sj..
Tapi masih belum terlambat lagi..aku ada lagi berbaki 1 tahun /2 semester lagi utk berjuang membangkitkan Islam di Sarawak ni..mungkin itu sajalah utk kali ini..cerita seterusnya akan di update kelak.. sekian Assalamualaikum.. di bwah ni adalah sdikit sebanyak gambar2 program sepanjang perjalanan d Politeknik Mukah Sarawak..

















Saturday 24 December 2011

Merantau ke Sibu,Sarawak

Assalamualaikum..kemarin kami plajar labuan dan plajar Sabah telah pergi merantau ke Sibu Sarawak untuk menguruskan PTPTN..perjalanan dri mukah ke sibu mengambil masa 3 jam..selepas selesai berurusan di CIMB Bank Sibu,kami terus pergi menginap di hotel memandangkan tidak sempat untuk pulang smula ke mukah..
Kami pergi bersiar2 di bandar Sibu selepas dapat bilik hotel antaranya seperti ke Pusat beli belah di Wisma Sanyan,Pasar Sibu,Terminal feri Sungai Rajang,Pasar Malam dan macam2 lagi..dri petang sehingga malam..kebetulan malam itu ada keramaian seperti funfair untuk sambutan krismas..kami jga turut bergambar di pelbagai jenis hiasan pokok krismas..memang agak memenatkan ttapi menyeronokkan..keesokan harinya pada sebelah pagi kami terus ke terminal bas untuk pulang semula ke mukah..kami sampi pada jam 1.00 petang di bandar Mukah..selepas itu singgah makan dan terus mengambil bas ke Politeknik Mukah..setibanya di asrama kami semua berehat dalam bilik masing2..haha..sekian untuk hari ini..jumpa lagi nanti..






  sekian..wasalam..terima kasih kerana membaca..

Thursday 22 December 2011

Perjalanan di Politeknik Mukah Sarawak (PMU)

Assalamualaikum..setelah mendaftar di PMU pada 12 disember 2011..semua pelajar menjalani orentasi minggu suai kenal (MSK)..pelbagai cabaran dan tekanan yg kami telah lalui seperti bangun pada jam 4.15 pagi..kami di bunyikan siren yg agak kuat bunyinya sehingga terdengar dlm mimpi..setelah itu kami terus bersiap dengan berpakaian taklimat iaitu pakaian formal..sempat atau tidak sempat untuk mandi kami tetap terus berpakain formal dri subuh sampai tengah hari..sampai lah hari yg keempat aktiviti kami berlangsung..
28 bulan 12 tahun ini




 hari ini adalah hari yg ke-10 kami berada di PMU..ramai pelajar atau rakan semester kami yg balik kerana cuti krismas..hanya plajar dri sabah dan labuan serta sebilangan kecil plajar sarawak yg tinggal di asrama..cuti kami sehingga 28 bulan 12 2011..29 hari bulan kami akan memulakan kuliah yg pertama..harap kami semua akan berjaya..Setakat itu untuk hari ini

Friday 25 November 2011

Apa Cerita Baru..

Assalamualaikum..fuhh..harini mungkin hari ke-3 terakhir aku mengikuti latihan tinju bersama rakan2 dan jurulatih ku sebelum berlepas ke Mukah Sarawak 2 minggu lagi..tadi kami latihan seperti biasa cuma kami mengadakan ''sparing'' atau pun perlawanan dlm latihan..'Sparing' ni tujuannya utk menilai sejauh mana tahap atau prestasi kami spanjang latihan yg kami slalu jalani..yg keduanya adalah utk persediaan ke pertandingan tinju pelapis kelayakan sukma tahun hadapan..d sini la kami berhempas pulas utk memprbaiki prestasi kami..hanya 3 org sahaja yg sparing sbenar pda hari ini..aku dan seorang rakan ku iaitu Ibrahim seorg atlet baru sparing sampingan sahaja krana kmi tdk bertanding nnti..haha..
 Esok pagi aku mau berjoging utk meningkatkn stamina dan kcergasan peribadi ku..lpas tu petang pergi ke Gym mcm biasa dgn bestfriendku c Jantony tuu..hehe..lps tu malam baru kami ronda2 di waterpark sbb ada 'Art Festival' pda hari ini esk dan lusa..mcm2 acara ada dsana..apa2 pn esk msti enjoy spenuhnya..haha..bila lagi mau mcm ni..lps ni mau fokus blajar smpai dapat Diploma..
  Aku kira tu sja lah utk hari ni..ada crita menarik nnti aku kongsikan lagi..sekian..
     wasalam..

Tuesday 15 November 2011

Aktiviti hari ini..

Assalamualaikum..hari ni jam 4 petang aku akan bersama kawanku Jantony pergi ke Victoria Gym di Membedai jln Sawangan Cina Labuan..Bagi menguatkan lgi otot2 badan kami..hehe..walaupun aku bersukan tinju..tetapi latihan menguatkan otot jga amat pnting bkn saja tinju tetapi sukan2 lain jga harus ke Gym seperti bola sepak,badminton,olahraga dan lain2 lgi..tetapi bagi kami sebagai atlet amatur tidak akan ke Gym pada stiap hari kerana kami belum lgi ditaja mana2 penaja sukan seperti atlet professional ataupun atlet kebangsaan..
  jadi,,segala bayaran masuk ke Gym di bayar mggunakan duit sendiri sj la..haha...cuma yg bagusnya tempat Gym yg kami pergi ini penjaga tempat itu adalah seorang bekas ahli bina badan Sabah dan Malaysia pada tahun 70-an..beliau kini berusia 76 tahun..walaupun bekas atlet negara,,tetapi beliau tdk sombong dan tdk lokek utk berkongsi ilmu dan menceritakan pengalaman beliau dlm sukan tersebut swaktu ketika dahulu..
  Semasa kali pertama aku ke sana dgn rakan2 ku iaitu jan,syam dan amirul..kami bertanya tentang bayaran kemasukan kpd bekas atlet itu..beliau kata rm 5.00 sehari..tetapi tdk akan di ajar cara2 mggunakan alat2 gym tersebut dan sekiranya terdapat kerosakan ketika mgguanakannya akan kami tanggung sendiri..sekiranya kami membayar yuran untuk bulanan..beliau akan mengajar cara2 yg betul..





  Tetapi apa yg telah ku katakan beliau tdk lokek ilmu..setelah melihat kami dlm gym tersebut,,beliau terus memberi tunjuk ajar cara2 yg sebenarnya..dan memberi nasihat kpd kami bgaimana untk membina otot2 dgn betul dari segi latihan,pemakanan,waktu tidur dan mcm2 lg..hari ini kami akan blajar lgi dgn beliau..haha..
  Itu sjalah untuk hari ni..sekian wasalam..